Selasa, 6 Mac 2012

SEJARAH SARANG BURUNG WALIT

Pemakanan sarang burung Walit sebagai makanan tambahan (Food Supplement) telah diamalkan oleh kaum Cina sejak tahun 700 sebelum masihi. Dalam Jurnal bulanan Mingpao....Vol 231 (1985), artikel yang bertajuk "Yan Wo Kao" yang bermaksud "Sejarah Sarang Burung" dinyatakan masyarakat Cina telah mengamalkan pengambilan Sarang Burung semenjak zaman Dinasti Ming (1368-1644). Ia merupakan bukti terawal yang telah di rekodkan.                                                                     
                                                                                                                                                             
Perdagangan Sarang Burung Walit dari Asia Tenggara ke negeri China telah dilakukan sejak abad ke-14 lagi. Permintaan yang tinggi terhadap Sarang Burung Walit adalah berkait rapat dengan khasiatnya. Kesukaran untuk mendapat bekalan Sarang Burung Walit telah menyebabkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi dan hanya golongan bangsawan mampu mendapatkannya.
Di zaman pemerintahan Dinasti Qing, masakan daripada Sarang Burung Walit telah menjadi makanan 'wajib' dalam menu masakan Kerajaan. Beberapa resepi masakan dari Sarang Burung Walit terdapat dalam menu masakan eksklusif masyarakat Cina. Mereka percayabahawa Sarang Burung Walit sangat baik untuk kesihatan dan daya tahan tubuh badan. Malah Maharaja dan Maharani Cina menjadikan Sarang Burung Walit sebagai sarapan mereka demi menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia adalah simbol kemewahan dan menjadi santapan golongan bangsawan. Nilai dan khasiatnya yang tinggi telah menjadikan Sarang Burung Walit sebagai simbol kekuasaan dan kemegahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan