Selasa, 6 Mac 2012

Khasiat sarang burung layang-layang





Sarang Burung Walit sesuai untuk semua peringkat umur samada lelaki mahupun perempuan. Hasil daripada pelbagai kajian dan penelitian menunjukkan bahawa Sarang Burung Walit bermanfaat sebagai:-

ü  Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walet menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.

ü  Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

ü  Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan. Sarang Burung Walit sangat sesuai untuk mereka yang baru pulih dari sakit, untuk mereka yang lemah, sering batuk dan asma.      

ü  Untuk WANITA, Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

ü  Untuk WANITA, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

ü   Untuk ORANG TUA, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

ü  KANAK-KANAK memerlukan nutrisi makanan yang sangat tinggi semasa peringkat pertumbesaran dan perkembangan. Sarang Burung Walit dapat meningkatkan daya penyerapan nutrisi yang ada pada setiap makanan dan merangsangkan perkambangan otak serta menguatkan paru-par

ü  Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para PEROKOK  selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

HUKUM SARANG BURUNG WALIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya kongsikan bersama fatwa yang telah dikeluarkan tentang hukum makan sarang burung layang-layang atau walit:-
Tarikh Keputusan: 6 September, 2007
Tarikh Mula Muzakarah: 6 September, 2007
Tarikh Akhir Muzakarah: 8 September, 2007
Oleh: Muzakarah Kali Ke-79
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memakan Sarang Burung Layang-layang. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang / walit adalah harus.

SEJARAH SARANG BURUNG WALIT

Pemakanan sarang burung Walit sebagai makanan tambahan (Food Supplement) telah diamalkan oleh kaum Cina sejak tahun 700 sebelum masihi. Dalam Jurnal bulanan Mingpao....Vol 231 (1985), artikel yang bertajuk "Yan Wo Kao" yang bermaksud "Sejarah Sarang Burung" dinyatakan masyarakat Cina telah mengamalkan pengambilan Sarang Burung semenjak zaman Dinasti Ming (1368-1644). Ia merupakan bukti terawal yang telah di rekodkan.                                                                     
                                                                                                                                                             
Perdagangan Sarang Burung Walit dari Asia Tenggara ke negeri China telah dilakukan sejak abad ke-14 lagi. Permintaan yang tinggi terhadap Sarang Burung Walit adalah berkait rapat dengan khasiatnya. Kesukaran untuk mendapat bekalan Sarang Burung Walit telah menyebabkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi dan hanya golongan bangsawan mampu mendapatkannya.
Di zaman pemerintahan Dinasti Qing, masakan daripada Sarang Burung Walit telah menjadi makanan 'wajib' dalam menu masakan Kerajaan. Beberapa resepi masakan dari Sarang Burung Walit terdapat dalam menu masakan eksklusif masyarakat Cina. Mereka percayabahawa Sarang Burung Walit sangat baik untuk kesihatan dan daya tahan tubuh badan. Malah Maharaja dan Maharani Cina menjadikan Sarang Burung Walit sebagai sarapan mereka demi menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia adalah simbol kemewahan dan menjadi santapan golongan bangsawan. Nilai dan khasiatnya yang tinggi telah menjadikan Sarang Burung Walit sebagai simbol kekuasaan dan kemegahan.